Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, October 27, 2014

Klinik Pergigian Izra,Putrajaya

Assalamualaikum

Jumaat lepas mr.papa terpaksa amik cuti sbb jaga umi dgn irfan yg sakit huhuhu...umi sakit gigi sampai demam....Bila demam dah kebah sakit gigi tu masih lagi rasa...uhuksss...dok la pikir byk kali nak pegi klinik kesihatan presint 9 tuh...malasnya la hai nak ngunggu lelama

So kekdahnya gunakan hujung jari ask mr.google pasal klinik gigi yg berdekatan....then tadaaaaa...dapat tahu pasal klinik pergigian Izra kat presint 8 nih...

review pun semua cakap best dan selesa...nasib baik time umi pegi tu tak ramai org...fuhhh lega

 

Ditemani si mirul nih...sayang kamu lah hehehehe.....bila dah tiba giliran Dr. Check la gigi yg sakit tu...katanya bengkak gusi je so dia suggest buat scalling (erkk betui ke eja nya camni eh huhuhu)

Kejap je dah siap...rasa tajam semua gigi hahahaha.....ubat utk bekalan,makan sampai habis,antibiotik katanya huhuhu.....utk semua service tu td termasuk ubat rm105 (ubat tu rm15)

 
Alhamdulillah sekarang dah baik dah sakit giginya....dapat la senyum cikit kehkehkeh
 
Selingan : minggu ni si mirul final exam kat sekolah...umi doakan semoga mirul beroleh ketenangan dan dapat menjawab semua soalan peperiksaan...aamiin....ari ni start dgn exam pendidikan seni...chaiyok!!!

Sekian umi bercerita hari ini ^___^

 

Thursday, September 18, 2014

VIKI : Korean Drama

Assalamualaikum

Hari ni tak update dgn resepi hehehe...kang muntah ijo plak korang asik ngan resepi je kan....kali ni update pasal app yg umi rasa cam best sgt....sape sini peminat drama korea?...haaa melompat la korang dgn app ni hehehe...app yg umi nak viter ni app VIKI

 

Macam-macam citer ada kat sini...sekali korang layan mmg melekap je la korang ngan app ni, cam umi ni hehehee....kat app ni bleh gak layan citer Drama Venezuela, China, philipines dan Japan

 

Setakat ni umi dah abis layan citer korea ni...Boys Over Flowers...best citer ni

 
Kedua umi abis layan citer ni...My Princess...

 

So sape kaki drama korea bleh la cepat-cepat download app ni, gerenti tak nyesal lah

^____^

 

Friday, July 18, 2014

Falsafah Buah-buahan

Assalamualaikum...entry kali ni nak berkongsi pasal ni.....jadilah....


1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

 

Nota hati : #prayforamerirfan #prayforGaza #prayforMH370 #prayforMH17

Thursday, July 17, 2014

Kaison Paradigm Mall

Assalamualaikum....ahad lepas umi kuar berdatingan ngan adik pompuan umi...tujuannya nak terjah Kaison kat Paradigm Mall....lebih kurang kul 1 gitu kitorg gerak ke sana...haa ni la kaison nya...meriah dgn barangan deco rumah yg harganya berpatutan....org pompuan kalau masuk sini mmg meroyan hahahaha, mcm umi ni....dok dlm tu je dah 3 jam...acaner tu ^___o

 
Ha section paling lama umi meroyan kat section wallpaper nih...mak aiii cantik-cantik designnya...tambah plak harganya tersangat la murah...satu roll tu rm19.90...ukurannya 45cm x 10 meter...memang berbaloi la nak membeli hehehehe
 
Disebabkan raya aidilfitri thn ni tak balik kg so mood raya dipupuk dgn deco raya rumah...bajet ada la sikit sbb umi tak membeli baju raya umi pun, cukup la sekadar yg mana ada je...baju raya kiddos harus ada, tggl sikit je lagi nak membelinya...pasal wallpaper ni senang sgt nak pasangkan dia kat dinding ni sbb dia sticker wallpaper...so tak leceh ngan gam semua tu...

 

Ni troli yg umi shopping kat kaison tu...tak byk brg pun sbb aim pada wallpaper je sebenarnya...puas hati la dpt menjengah ke sini...kalau tgk bakul bawah tu umi amik patut segi-segi tau..sekali nak byr sib baik la cashier tu kata yg tu kena pakai gam bkn jenis stiker...so terus cancel amik yg tu and pilih yg lain

 
Close up brg yg umi beli...

 

Ni patern yg umi pilih utk letak kat ruang tamu...simple je coraknya...amik yg patern kecik-kecik sbb ruang tamunya tak la besar and luas sgt....

 

And ni la hasilnya...start keje menampal ni kul 12 hingga la ke pukul 3 ptg....mmg penat la sbb umi yg panjat turun naik tangga pasangkan wallpaper ni...sbb nya bila mr.papa yg buat umi ni byk bunyi, cam tak puas hati hahahahaha...so panjat la tangga sdr...mr.papa geleng kepala je la ekekeeke...utk satu dinding ni umi pakai 4 roll so ada lagi balance 4 roll....

 
Yg ni plak tampal kat pintu...corak cam kayu gitew warna coklat...ni pintu bilik irfan...ambik dah berseri dah rasanya teratak kecik umi nih hehehehe
Ok tu je nak share kali ni...sesape yg nak merasa wallpaper yg harga bajet cam umi ni try la ke kaison ye...mmg berbaloi umi ckp....
 
Nota Hati : ari ni umi giliran lajuran umah umi wat moreh ngan berbuka puasa...umi ditugaskan buat sira labu...mak aiiii....seram je rasa sbb dah lama tak buat...ari tu buat pun tak brp nak menjadik..so kali ni pakai helper mr.google cari resepi and cara mudah utk buat sira labu ni...wish me luck yeh ^____^

 

Friday, June 27, 2014

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA READERS

Hari ni yg penuh barakah ni, umi nak kongsikan ilmu yg umi dpt dr Whatsapp Group...

Hari Jumaat lepas saya mendengar radio IKIM dalam slot usrati membincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.Terlalu banyak ilmu yang saya dapat walaupun tak sempat saya nak catit satu persatu. Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputan betul-betul telah menarik perhatian saya.

Sebenarnya, waktu itu juga kalau boleh saya ingin berkongsi tentang menariknya perkongsian dari ustazah itu, tetapi kerana kerja yang banyak, lalu saya tangguhkan sahaja. Tetapi bila fikir tentang kerja yang memang tak akan pernah sudah, sampai bila mahu menangguh kan? Jadi hari ni sebelum saya terlupa, baik saya kongsikan dengan ibu bapa kat sini.

Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.

Doa itu adalah :

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):

1- ASSALAM : SEJAHTERA.

Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.

Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH

Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.

Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaAllah =)

 


 

 

 

Thursday, June 26, 2014

App utk Blogging

Assalamualaikum

Hari ni umi nak share satu app yg sesuai utk blogging...namanya Posts..umi jumpa app ni minggu lepas..terus install dan try...not bad...best gak...cumanya umi ada problem skit je...huhuhu

 
Tapi kan kat situ ia tulis for Ipad...so utk android tak leh la tu...

 

Nmpk lebih tersusun and senang nak tengok kan...

 

Kalau nak wat entry ia kuar camni...

 

Ni plak utk baca komen...kat situ bleh terus reply komen...ha yg ni la prob utk umi...bila try nak reply dia kuar error....huhhhh tension gak...tapi tak pe janji leh update blog, yang komen tu leh buat manual hehehehe

 

So pada korang yg nak try app ni silakan...best gak umi guna...sebelum ni umi guna app lain...app tu umi purchase sbb dia tak free...haa lenkali umi share kat sini ye...kang share byk2 korang pening lak ekekeke.....dari 5 bintang umi kasi 3 bintang utk app ni

 

Happy blogging yeh

 

Friday, June 13, 2014

Perkongsian Ilmu

Assalamualaikum

Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit :

  • Delima,
  • Yogurt,
  • Bawang putih,
  • Bawang besar,
  • Teh hijau,
  • Oat,
  • Labu,
  • Brokoli

 

Empat perkara menjauhkan rezeki :

  • Tidur waktu pagi,
  • Sedikit bersolat,
  • Malas

 

Empat perkra menambah seri wajah :

  • Taqwa,
  • Jujur,
  • Pemurah,
  • Jaga kehormatan

 

Empat perkara merosakkan badan :

  • Dukacita,
  • Sedih,
  • Kebulur,
  • Tak tidur malam

 

Tiga perkara membawa penyakit :

  • Banyak bercakap,
  • Banyak tidur,
  • Banyak makan

 

Empat perkara menarik rezeki :

  • Qiamulail,
  • Banyak istighfar waktu 2/3 malam,
  • Biasa bersedekah,
  • Berzikir waktu pagi dan petang

 

Wednesday, April 25, 2012

Flight Ticket (^__^)

salam semua
hari isnin malam tu mr.papa tunjuk kat umi this flight ticket
ingatkan tiket yang dia nak g Kelantan tu
rupe nya bukan tiket tu
tiket tu adalah tiket jemputan kawin heheheh
wow...very kretif okeyyyy

sekali tgk ingatkan betul la tiket flight
dua kali tengok + tenung2 + belek2...baru perasan apabenda sebenarnya 
hehehehehehe
kat depan tu siap tulis pasport perkahwinan lag
dalam tu diselit ngan jemputan kawin

 ok kalu td tgk bahagian luar nya
meh sini nak tunjuk bahagian dalam plak
amacam....any komen (^__^)

VIP CLASS lagi
(^_^)
orait uols....ni je update pendek dr umi ari ni hehehehe

***mlm esok tak sabar plak rasenya nak jemput mr.papa kat ERL hehehhee...si hero2 pun sibok dok nanya bila papa nak balik....oooo cepat laaaaa......

happy blogging
 
  Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, April 23, 2012

Nangis pun ada khasiatnya (^__^)

salam semua
hari tu dok layan FB...tetiba jumpe pasal info ni...so rasa cam nak share kat blog ni...sharing is caring kan (^_^)
info nya pasal khasiat or kebaikan menangis...kiranya lihat dari sudut positif la ni
orait apa tggu lagi...jom baca info ni

dimulakan dengan photo ni....

antara 5 khasiat yang diperolehi dari menangis ni adalah :

1. menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan
- zat2 kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melaui tangisan

2. meningkatkan kadar degupan jantung
- degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. selepas menangis kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang

3. menghalang penyakit
- universiti Temple dar Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang mengidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang mengidap penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. manakala bagi mereka yang tidak mengidap sebarang penyakit mengatakan bahawa menangis adalah sesuatu yang semualajadi yang dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4. membebaskan racun dari badan
- Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, 'oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan. 'saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalu tangisan. ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

5. Air mata mengandungi 25% protein
- kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. racun ini hanya dapat dibebaskan ketika menangis. begitulah ceritanya tentang menangis. jadi jika anda rasa ingin menangis, jangan ditahan-tahan, biarkan ia berlaku kerana ia adalah satu terapi.

orait dah abis baca kan
so jom tgk pic muka-muka nangis
pic ni semua pic lama...so layannnnnnn

1st pic...abg irfan nangis...beria kan....menitik-nitik air mata tu ha...masa ni kat kg umah Tok Mek and umur dia dlm 5 ke 6 tahun camtu....

2nd pic plak...opkos la abg mirul...ni pun pic lama...time dia umur setahun kot....kat umah Desa Pinggiran....nangis sbb kena marah ngan umi kot huhuhuhu

ok...last pic...dak nawfal ...pun pic lama gak...umur dia dlm 4-6 bulan cenggitu...sbb dah tumbuh gigi...umi ada wat entry pasal ni kot...

ok la...tu la story mory tuk pagi isnin nan permai ni hehehehe
happy blogging
(^__^)
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
 

Copyright © 2013 LOVE UMI PAPA | Designed by Cik Bulat