Tuesday, July 31, 2012

Lauk Peberet Time Puasa

salam pagi selasa semua
hari ni update blog dgn masakan
ekekekeke...sila maafkan saya
tak dek niat tuk menduga orang yang berpuasa ye
sekadar utk berkongsi sahaja 
wink wink

ok...apa la agaknya lauk peberet umi ni kan
kalau tak silap umi sebelum ni umi ada mention dalam ni
dan menu yang dimaksudkan adalah kerutuk daging
perhhhhhh kalau buka puasa ngan lauk ni, mkn plak ngan nasi yang panas-panas tu
terus bertambah dari satu pinggan ke 2 3 pinggan
hancur terus diet (kononnya la)

maka dipersembahkan la pic kerutuk daging itew
 disebabkan dah lauk peberet, tak salah utk try masak sendiri
so ari ahad lepas, gigihla umi membeli segala bahan rempah nya
erkkk FYI umi ni tak pernah la masak guna rempah tau
malu malu huhuhuhu sambil sorok muka ni
dan dapat semua bahannya, maka google la resepi dalam i-pad tu ha
dapat la resepi ni

berkat niat murni nak menjamu perut sendiri dgn perut org yg berpuasa 
maka jadi la kerutuk daging tu
ni agak-agak kalu wat time balik keje mmg tak sempat ni
sib baik wat ari ahad ....ngehhhhhh

ok jom usha resepi nye
(^___^)
ni umi copy paste je tau
Bahan-bahan
1 kg daging (umi wat sikit je, tak sampai 1 kg sbb bkn ramai pun)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 bungkus rempah kerutup
1 sudu makan ketumbar
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
1 gelas santan
2 sudu kerisik
garam secukup rasa
sedikit gula melaka
air asam jawa
bahan untuk menumis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Cara membuatnya :
- Daging dipotong dan dibersihkan
- rempah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan ketumbar dikisar halus
- panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan menumis. Tumis sehingga kekuningan
masukkan rempah yang telah dikisar dan serai yang dititik. Tumis sehingga rempah garing
-Masukkan daging dan air asam jawa. Masak hingga daging empuk
-Masukkan santan dan masak sehingga mendidih
-Masukkan kerisik, garam dan gula melaka. Masak sehingga pekat dan hidangkan bersama nasih putih

(TIPS: untuk melembutkan daging, tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perap bahan tersebut dengan daging selama 1/2 jam)


 see senang je kan bahan-bahan nye
sape yg dah pro tu petik jari je kot nak wat resepi ni 
ok ni selingan utk korang 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ni ha ada budak tak pose...sibok dok tggu kat depan lauk
konon cam nak bukak puasa la tu
siap tongkat dagu lagi hehehehe


orait...tu je la update citer kali ni

happy blogging 


1 comments:

Ardini Humaira said...

dni blur nak masak ape hari ni. uwaaaaaaaaaaaaaaa :'(

 

Copyright © 2013 LOVE UMI PAPA | Designed by Cik Bulat