Tuesday, September 9, 2014

Ketam Telur Masin

Assalamualaikum...hari ni nak share dgn uols resepi ketam telur asin ni....ni kira 1st try umi buat tau...komen mr.papa sedap hehehe

Jom intai bahan nak masak resepi ni

3 ekor ketam (umi buat 6 ekor...abiskan semua stok ketam)

6 biji cili padi

2 tangkai daun kari

2 sudu besar mentega

5 biji telur masin (buang tiga biji putih telurnya)

1 sk gula

3 sudu besar susu cair

2 ulas bawang putih (diketuk)

3 sb tepung jagung

Garam dan lada sulah secukup rasa

Minyak utk menggoreng

 

Cara-caranya plak

Rebus telur masin.hancurkan (jgn lupa guna 5 kuning telur + 2 putih telur sahaja)

Gaulkan ketam dengan tepung jagung. Goreng ketam hingga rangup dan masak

Kemudian panaskan kuali,masukkan mentega..tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga bau wangi

Pastu masukkan telur masin tadi. Kacau seketika. Masukkan plak susu cair, gula, lada sulah dan garam. Kacau sekata sehingga berbuih. Masukkan ketam dan gaul lagi biar sekata. Tutup api dan boleh la dihidangkan.

Amacam uols...senang tak? ^___^

Selamat mencuba ye

 

2 comments:

Unknown said...

pernah buat sekali tapi tak berapa nak jadi..
nampak sedap nih akak punyer banyak telur..nyum

LYAfrina said...

mmg sedappp

 

Copyright © 2013 LOVE UMI PAPA | Designed by Cik Bulat